Selamat Hari Guru

      uhukk uhukk~  ye, untuk kesekian kalinya, (macam mane nak eja ek sebenarnya? *haha) kita nak ucapkan SELAMAT HARI GURU untuk guru-guru saya yang comel lagi lote! ahaksss... mereka sangat lah comel lagi2 ustazah ain yang kecik dan comel... huhu... jeles sungguh kita tebgok hadiah ustazah ain yang melimpah ruah macam orang kaya yang simpan harta dia bawah bantal! ahahaha... semua guru tak ade lah banyak sangat macam ustazah ain punya... wahhhh! rase macam nak ambik je yang paling besar tu tau! ye, teramatlah besar, tapi orangnya kecik sungguh... memang comel! haha...terima kasih ye kepada guru-guru yang sudi mengajar kita... teramatlah terhutang budi pada cikgu-cikgu ku sekalian! ini membuatkan bila dah besar nanti, kita nak jadi cikgu seperti mereka, tapi niat ku sungguh tidak patut! sepatutnya, kita kena ikhlaskan nak ajar orang, bukan nak dapat hadiah time hari guru... tak gitu!


       saya ni memang dah biase nak siap2 gi sekolah lelambat... al-maklumlah, perempuan! tak gitu... so, dengan berlemah-lembutnya *ececeh kita turun lah kan nak makan sarapan. baru buka mulut nak sampai dah pun makanan tu dalam mulut, tetibe bunyi bas depan rumah dah sampai. apa lagi, kelam kabut lah semuanya. rosak keayuan saya tau! ini semua gara-gara tidur pukul !.30pg sebab nak buat kad untuk guru2 sekalian dan sampul jadiah untuk guru2 sekalian. bukannya sampulkan untuk diri sendiri je, tapi untuk 2 orang adik saya yang pemalas nak balut sendiri. dan ugutan saya kepada mereka ialah "kalau korang tidur, jangan harap kakak nak buatkan!" apa lagi, dia orang tak tidur sampai lah diorang punya kita siap balut. oh, oke... sambung2! lepastu, dengan terkedek2nye, saya naik bas dengan perut yang sangat "penuh"
      
        bila dah sampai sekolah, terus kene masok musolla. semua orang pakai baju sukan saya, haha... tak payah nak cakap, memang ganjil dan bila dah keluar musolla, saya cakap nan kawan asrama saya, "ada baju sukan lebih tak, ade baju sukan lebih tak, ade baju sukan lebih tak?" tetiba sorang kawan saya yang baik ni pun cakap "ada, awak nak, kejap eh!" oh, oh.... waktu tu rasa macam nak pusing satu padang, sebab nanti, saya dah tak ganjil... *ohohoho kemudian2, semua orang yang masok game, pegi ke tempat game die orang dan saya pula terhuyung-hayang sebab tak tau nak pegi mane sebab saya tak masok apa-apa game pon! so, saya pegila musolla jadi pengacau dekat setiap kump yang ada kat situ. game yang telah diadakan di musolla ialah game solek molek... game ni dia kene make-up ustazah ni ikut tema yang diorang dah pilih. semua ustazah memang superb punya! comel2 tau! tapi yang menang ialah kumpulan..... tak ingat! ahaha... lupe2, sorry.. haha... then, semua orang pegi rehat kecuali saya dan shifa' yang masih berbaring2 dekat musolla... sambil menyiapkan kerja yang tertunda malam tadi disebabkan ngantok sangat! 


        tetiba satu pengumuman berkumandang mengatakan bahawa semua pelajar kena pergi ke dewan untuk sambut hari guru... waktu tu, memang rasa nak jerit sebab tak dapat nak makan... waaaa! perut pulak tak berisi dari pagi bayangkanlah... shifa' pulak dia take time sekejap untuk makan bekal yang dia bawak. waktu tu memang air liur dah melimpah-limpah dekat dalam mulut. shifa' offer sikit makanan dia, so kita pun makanlah untuk megisi perut yang kosong ini! bila dah masuk dalam dewan, kene duduk dekat dalam tu selama 3 jam. penat yang teramat tau. pukul 12, perut dah mengeluarkan bunyi yang tidak diundang dan bunyinya sangatlah kurang merdu untuk didengar. nasib tak kuat. 


        bila dah abis semua tu, shifa' dan saya pergi bilik guru untuk memberi hadiah2 dan kad2 yang kemi belikan khas untuk mereka. kemudian kami pergi beli makanan kat kantin then kiteorang memang bising dekat situ sampai pak cik kantin tu melihat kami dengan pandangan seperti manusia yang tidak pernah melihat manusia. sekian saja post saya pada hari ini. SELAMAT HARI GURU sekali lagi kepada guru-guru saya! 


p/s; alamak! terpanjang ah post kali ni, semangat sangat nak menaip sampai terpanjang gini.

No comments: